Salam Alaik dan Salam Sejahtera..
Lama benar aku menyepi dari menulis sesuatu.. Sebenarnya, sejak berpindah ke rumah baru, dah takda internet dah.. Sekrang tengah berkira-kira menyusun perbelanjaan baik-baik.. Perkara yang kurang penting, ditolak tepi kejap.. Agar dapat diselesaikan yang penting-penting aja..
Alhamdulillah, syukur kerana Allah terus mengurnia segala nikmat yang tidak terhingga banyaknya.. Kira-kira 3 minggu lepas, zaujah habibah telah melapor diri JPWPKL.. ALhamdulillah, biarpun ditempatkan di SMK Convent Jalan Peel yang agak jauh (about 80km pergi balik) setiap hari dari Putrajaya, beliau masih diberi kekuatan.. Tahniah buat isteriku,.. Dalam sarat mengandung (minggu ke 36), beliau masih lagi kuat menerima semua cabaran dan dugaan alam pekerjaan sebagai muallimah dengan baik. Setiap hari ada saja yang menyulitkan, tapi alhamdulillah segalanya bisa diuruskan-Nya. Alhamdulillah.
Kira-kira 6 hari lagi, kami akan bertolak balek ke rumah mertua dan kampung kami berdua di Kelantan. Insya-Allah ia adalah permulaan kepada kerehatan isteriku. Moga-moga dia dapat berehat dengan baik menuju tarikh due yang sepatutnya 14 Disember 2009.
Entahlah, hati berasa sedikit gusar dan gabra. Manakan tidak, ini pengalaman pertama yang benar-benar memberi ilmu baru kepada ku. Apapun, aku amat berharap semoga Allah sentiasa beri kemudahan, ketenangan dan kesenangan kepada isteriku kelak. Moga dijauhkan dari segala kesakitan yang merumitkan. HAnya Engkau pemudah segala perancangan. Insya-Allah. Aku juga berharap, di saat isteriku hampir bersalin kelak, aku akan berada disisinya. Insya-Allah. Moga Allah memakbulkan doa ku ini.
Di saat kesibukan kerja yang melambak, aku terus berusaha menjadi suami yang hebat dan terbaik. Terkadang ada kelemahan yang tidka mampu ku atasi. Namun, doa tetap menjadi butir2 yang keluar dari mulut biar tahu diri tak termampu.. Allah, berikan aku kekuatan, untuk terus berjaya mendidik diri sebagai suami dan ayah terbaik selama-lamanya. Insya-Allah..
Salam terima kasih buat ummi abah dan mama papa yang sentiasa support segala bentuk yang kami perlukan.
Buat zaujah tercinta, abang sentiasa bersama sayang menharungi segalanya. Walau abang tahu abang juga 'cacat', mungkin lebih 'cacat' dari yang lain.. Tapi abang berusaha menjadi yang ter-paling-amat hebat disisimu.. =)
Buat puteri yang bakal lahir, selamat datang ke dunia. Ku harap dikau sentiasa mengingati janjimu sebelum datang ke sini.. Dan bantulah kami menjadi ayah dan ibu terbaik dalam mendidik mu.. Insya-Allah..
Read more...